X-ray Selamat atau tidak?
- klinikcdckeningau
- 27 Ogo 2021
- 2 min membaca

Ada banyak perkara yang pernah kita dengar dan bualkan mengenai X-ray. Timbul juga beberapa kebimbangan daripada sesetengah masyarakat tentang radiasi daripada x-ray sehinggakan ia menjadi suatu kebimbangan bagi segelintir mereka yang kurang pengetahuan mengenai x-ray.
sebelum kita ketahui lebih dalam mengenai sinar x-ray, mari kita menimba sedikit ilmu pengetahuan.
Tahukah anda, Orang pertama yang menerima sinar X untuk tujuan perubatan adalah seorang anak muda, Eddie McCarthy dari Hanover, yang jatuh ketika meluncur di Sungai Connecticut pada tahun 1896 dan memecahkan pergelangan tangan kirinya?
Semua orang di planet ini terdedah dengan sejumlah radiasi ketika mereka menjalani kehidupan seharian mereka. Bahan radioaktif ditemui secara semulajadi di udara, tanah, air, batu, dan tumbuh-tumbuhan. Sumber radiasi semulajadi terbesar bagi kebanyakan orang adalah Radon. Kita boleh terdedah dengan Radon terutamanya dengan bernafas di udara( yang mengandungi Radon) yang datang melalui retakan dan jurang di bangunan dan rumah. ini adalah kerana Radon berasal secara semula jadi dari bumi(dalam tanah), orang selalu terdedah kepadanya.
Di samping itu, Bumi sentiasa di bom oleh radiasi kosmik (cosmic radiation), yang merangkumi sinaran-X. Sinaran ini tidak berbahaya tetapi ia tidak dapat dielakkan, dan radiasi berada pada paras yang rendah sehingga kesannya tidak ketara atau tidak dirasai.
kita sudah tahu bahawa kita sentiasa terdedah dengan sinaran radiasi dan ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. X-ray sebenarnya memberikan dos radiasi yang rendah yang dipercayai tidak akan menyebabkan masalah kesihatan yang segera. Hakikat bahawa sinar-X telah digunakan dalam perubatan selama ini amat penting dalam menunjukkan betapa bermanfaatnya x-ray dalam dunia perubatan. Walaupun selalunya sinar X sahaja tidak mencukupi untuk mendiagnosis sesuatu penyakit atau keadaan, X-ray tidak dinafikan sebagai sebahagian proses diagnostik yang penting.
Secara keseluruhannya, ia amat penting bagi membuat diagnosis yang betul dan memilih kursus rawatan yang betul. Ini menjadikan X-ray jauh lebih bermanfaat daripada berbahaya. Manfaat teknologi sinar-X jauh melebihi potensi kesan negatif dengan menggunakannya. Sama ada risiko kecil atau tidak ada risiko sama sekali, sinaran X akan kekal ada bagi membantu pesakit mendapatkan diagnostik dan pengimejan yang tepat. .
Komen