Kencing berdarah??? Masalah Buah Pinggang?
- klinikcdckeningau

- 27 Ogo 2021
- 1 min membaca
Apakah simptom-simptomnya?:
Ada kalanya, anda Sering berasa sakit dibahagian tepi dan belakang perut anda.
Sakit ketika membuang air kecil.
Anda akan berasa demam dan sering kali ke tandas untuk membuang air kecil.
Anda boleh melihat gambaran kesihatan buah pinggang anda melalui pemeriksaan air kencing ( Ada sel darah dalam sampel air kencing).
Kemudian:
-Anda akan diberikan ubat untuk mematikan kuman
membersihkan air kencing dan melawaskan pundi kencing.
Sekiranya anda sering mengalami simptom yang sama, anda perlu membuat pemeriksaan Ultrasound KUB/Pelvis/Prostate. Tujuannya adalah untuk melihat mengapa masalah ini sering kali berulang.
Antara kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah ini adalah:
Jangkitan -kuman. (memerlukan rawatan antibiotik. sekiranya jangkitan ini tidak sembuh, rawatan susulan perlu dilakukan untuk melihat sama ada ia jangkitan TB ataupun yang lain).
Batu - pembentukan batu boleh disebabkan pengambilan ubat-ubatan, supplement, kurang minum air.
Ketumbuhan/kanser- berlaku kepada mereka yang merokok, mengambil ubat terlarang, berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat kita pastikan.
Sekiranya terdapat ketumbuhan dalam buah pinggang anda, anda harus menjalani CT Scan 4 phase untuk melihat lebih lanjut mengenai masalah ini.
Selepas masalah ini telah dikenal pasti, anda harus berjumpa dengan pakar Urologist untuk mendapatkan rawatan susulan bagi menangani masalah ini.




Komen