top of page

Gastrik? Dugal? Sakit/Pedas Perut?




Kembung perut, Reflux, sendawa, perut sering kali berbunyi, tiada selera, kurang berat badan, loya/muntah, lemas badan, heartburn, perut terasa pedas atau memulas, rasa seperti asid naik atas dada, sesak nafas, kesemuanya boleh disebabkan kesihatan perut kita tidak dijaga dengan sebaiknya.


Dalam badan kita, ada banyak jenis bakteria; bakteria baik dan jahat. Salah satu bakteria jahat yang tinggal dalam perut kita adalah Bacteria H. Pylori atau dengan nama aslinya 'Helicobacter Pylori' bacteria. Helicobacter Pylori ini, merupakan salah satu bakteria yang dikenali sebagai punca utama bagi Ulser peptik. Ulser seperti yang selalunya timbul di tepi bibir kita, ulser itu juga akan timbul di dalam perut kita atau bahagian atas usus kecil kita. Sekiranya dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan kanser perut.


Apabila bakteria ini masuk ke dalam tubuh anda, ia akan mula menyerang permukaan perut anda. Permukaan ini sebenarnya yang melindungi anda daripada asid yang dikeluarkan untuk mencerna makananan. Apabila bakteria sudah merosakkan permukaan ini, asid pencernaan boleh menembusi permukaan ini sehingga menyebabkan ulser. Ini boleh menyebabkan pendarahan atau jangkitan atau boleh juga menyebabkan makanan sukar untuk bergerak melalui saluran penghadaman anda.


Dari mana h.pylori ni???


Anda boleh mendapatkan bakteria ini melalui pemakanan, air ataupun juga daripada perkakas dapur (contoh sudu, dan pinggan).


Apa yang perlu anda lakukan??


Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan seperti yang di atas, sila ke klinik berdekatan dan dapatkan pemeriksaan H.Pylori. Selepas anda melakukan pemeriksaan H.pylori dan disahkan positif, anda boleh mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

 
 
 

Komen


Thanks for submitting!

Klinik CDC Diagnostic & Imaging Specialist Centre,

Ground Floor, Lot 34 &35, Blok F, Datun Commercial Complex,

Jalan Masak, 89000 Keningau, Sabah.

*Klinik CDC, Diagnostic & Imaging Specialist Centre reserved the right to change the price without any further notice. 

bottom of page