top of page

RT-PCR vs RTK


ree

Dalam menghadapi norma baru 2020 ini, kita masih lagi dibanjiri dengan berita penularan covid-19 di sekeliling kita. Ramai di antara kita pula terpaksa travel keluar negeri/negara atas tujuan pekerjaan, pelajaran, keluarga dan sebagainya..


Sebelum ini, kita cuma perlu risau berapa berat luggage kita, adakah pakaian dalam beg memadai, atau adakah dokumen semua sudah lengkap. Norma sekarang sangat berbeza : Ada hand sanitizer? Facemask cukup? dan yang paling penting bagi mereka yang perlu travel- pemeriksaan covid-19 test bagi kebenaran untuk memasuki/berlepas ke sesebuah negeri/negara.


Tahukah anda, anda harus mempunyai bukti bahawa anda telah melakukan pemeriksaan RT-PCR? Pemeriksaan ini boleh dilakukan di hospital Kerajaan (tertakluk kepada keadaan/keperluan*) dan juga hospital/klinik swasta. Sebelum anda melakukan pemeriksaan covid-19 test di sektor swasta, pastikan anda memeriksa senarai hospital/klinik yang anda pilih sudah berdaftar dan dibenarkan untuk melakukan pemeriksaan ini di :

(AMBULATORI)


(HOSP.SWASTA)


(KLINIK SWASTA)



Apa yang kita perlu tahu mengenai pemeriksaan covid-19 test?


Pemeriksaan Covid-19 test ini sebenarnya terbahagi kepada dua jenis.

-RTK ( RAPID TEST KIT -KIT UJIAN PANTAS)

-RT-PCR ( REVERSE TRANSCRIPTION POLYMERASE CHAIN REACTION- trasnkripsi terbalik reaksi tindak balas polymerase *xtau lah sangat bahasa melayunya ni ikut pemahaman admin ja)


RTK ( KIT UJIAN PANTAS ) ini pula terbahagi kepada dua jenis.

-antigen

-antibody


Kedua-dua kit ini dapat menghasilkan keputusan seawal 5-15 minit sahaja.


Rtk antigen ini dapat mengesan antigen dalam badan. Kit ujian ini boleh mengesan virus COVID-19 tetapi tahap sensitivitinya agak kurang. Sekiranya positif, individu tersebut mempunyai virus tersebut.


Rtk antibodi pula dapat mengesan antibodi dalam badan kita. Tetapi kit ini hanya dapat mengesan antibodi selepas pesakit terdedah kepada virus 7-14 hari. Sekiranya positif, ini bermakna individu tersebut pernah terdedah dengan virus tersebut tetapi tidak dapat dipastikan sama ada virus itu masih ada atau tidak.


RT-PCR pula merupakan kit ujian yang menguji khas bagi virus covid-19 dalam badan pesakit. Kit ini menggunakan nasopharyngeal swab test dan sangat membantu dalam pengesanan covid-19. Keputusan RT-PCR mengambil masa 3-7 hari masa bekerja untuk diproses.


Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan pemeriksaan covid-19 test RT-PCR, Klinik CDC ada menyediakan perkhidmatan ini. Anda cuma perlu melakukan pendaftaran melalui Whatsapp dengan admin klinik terdahulu sebelum melakukan pemeriksaan ini.



 
 
 

Komen


Thanks for submitting!

Klinik CDC Diagnostic & Imaging Specialist Centre,

Ground Floor, Lot 34 &35, Blok F, Datun Commercial Complex,

Jalan Masak, 89000 Keningau, Sabah.

*Klinik CDC, Diagnostic & Imaging Specialist Centre reserved the right to change the price without any further notice. 

bottom of page