PERKESO KINI VOUCHERLESS!
- klinikcdckeningau
- 27 Ogo 2021
- 1 min membaca
Sekiranya anda merupakan pencarum PERKESO, jangan lepaskan peluang anda untuk melakukan ujian saringan kesihatan Perkeso di Klinik Panel. Klinik CDC merupakan salah satu klinik panel HSP di Keningau. Kami membuat pemeriksaan penuh HSP; Pemeriksaan kesihatan, Ujian darah, Pap Smear dan juga Mammogram.
Anda berminat, tapi tidak tahu bagaimana untuk dapatkan voucher anda??? Jangan risau! Kini Perkeso telah bertukar kepada 'Voucherless'. Cara apply senang saja.
1. Masuk ke dalam peranti pencarian browser anda and taip alamat ini :
http://sihat.perkeso.gov.my/.
2. Klik MY HSP STATUS dan letakkan no kad pengenalan anda untuk melihat sama ada
anda layak atau tidak.
3. Masukkan no. telefon anda dan anda akan menerima SMS daripada HSP.
4. Masukkan nombor TAC.
5. Anda akan menerima no. baucer anda.
6. Bawa bersama kad pengenalan anda dan juga sms No. baucer anda ke Klinik Panel HSP yang berdekatan.
Komen