top of page

Perkara yang anda harus tahu tentang CT-Scan


ree

Dalam era kemodernan yang kian menghujani dunia, sektor perubatan tidak ketinggalan untuk berjalan seiring dengan perkembangan IT di masa kini.


CT- Scan merupakan salah satu kemudahan pengimejan Imbasan tomografi berkomputer (CT) menggabungkan satu siri gambar X-ray yang diambil dari sudut yang berbeza di sekeliling badan anda dan menggunakan pemprosesan komputer untuk mencipta imej keratan rentas (kepingan) tulang, saluran darah dan tisu lembut di dalam badan anda. Imej imbasan CT memberikan lebih banyak maklumat terperinci daripada sinar X yang biasa.

CT Scan mempunyai dua jenis pemeriksaan iaitu plain( biasa) ataupun dengan contrast media (ubat). Pakar radiologi akan menentukan apakah jenis pemeriksaan CT scan yang bersesuaian bagi pesakit.


Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani pemeriksaan CT Scan?:


1. Anda harus membawa surat rujukan daripada pihak hospital.

2. Bagi yang menggunakan contrast media (ubat) harus berpuasa selama 8 jam sebelum

pemeriksaan.

3. Harus memaklumkan sekiranya anda mempunyai sebarang alahan makan atau ubat-

ubatan. (PENTING)

4. Perlu membuat ujian darah ( Creatinine, Blood uria, Fbc)

5. Ibu mengandung tidak dibenarkan sama sekali untuk menjalani pemeriksaan CT-

Scan.

6. Harus menandatangani consent letter ( surat kebenaran) sebelum menjalani

pemeriksaan ini.



 
 
 

Komen


Thanks for submitting!

Klinik CDC Diagnostic & Imaging Specialist Centre,

Ground Floor, Lot 34 &35, Blok F, Datun Commercial Complex,

Jalan Masak, 89000 Keningau, Sabah.

*Klinik CDC, Diagnostic & Imaging Specialist Centre reserved the right to change the price without any further notice. 

bottom of page