Melawan Obesiti
- klinikcdckeningau
- 27 Ogo 2021
- 2 min membaca

Obesiti.
Perkataan ini bukan sahaja menjadi salah satu kebimbangan dari segi kosmetik tetapi juga dalam dunia perubatan.
Tahukah anda? Obesiti merupakan Faktor X dalam beberapa penyakit seperti Darah tinggi, strok, Serangan jantung, Sleep Apnoea, Dyslipidaemia , penyakit Hepatobiliary dan juga Diabetes? Ia bukanlah sesuatu perkara yang ringan dan tidak patut dipandang remeh.
Sebelum penyakit-penyakit ini menyerang, adalah baiknya kita perangi akar utamanya iaitu OBESITI.
Bagaimana mengetahui anda dalam kategori Obesiti atau tidak?
Formula adalah seperti berikut: BMI = Berat (kg) / TinggixTinggi (m) Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.
Contohnya:
Sekiranya berat anda adalah 55KG dan tinggi anda adalah 160cm. Pengiraannya seperti berikut;
BMI = 55
(1.6X1.6) <------- cm ditukarkan kepada unit m.
= 21.48/21.5

Faktor Utama Penyumbang kepada Obesiti:
umur -Metabolisma semakin menurun apabila usia meningkat
jantina-kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding lelaki
keturunan
aktiviti fizikal
psikologi-apabila emosi tidak stabil atau mengalami tekanan kita cenderung untuk makan secara berlebihan.
penyakit- seperti hypothroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak menyebabkan pesakit makan berlebihan.
ubat-ubatan- seperti stedoid atau ubat merawat kemurungan menyumbang kepada obesiti.
Tanpa melihat data kasar penyelidikan dunia perubatan, kita dapat melihat dan mendengar masyarakat kita sekeliling sedang dilanda dengan masalah ini. Ia adalah sesuatu yang membimbangkan dan harus mempunyai tindakan yang segera.
Oleh itu, Klinik CDC membuat keputusan untuk mengadakan Program 'MELAWAN OBESITI' pada tahun ini supaya dapat membantu individu-individu yang bersedia untuk belajar bagaimana menangani masalah ini di samping menurunkan berat badan, bagi mengurangkan risiko-risiko penyakit yang merbahaya ini. Bagi menarik lebih ramai lagi, Klinik CDC juga menawarkan khidmat nasihat daripada pakar dietitian, doktor dan coach bagi semua peserta. Selain itu, hadiah-hadiah yang menarik juga ditawarkan kepada para peserta yang berjaya memenangi cabaran ini.
Bagaimana untuk mendaftar?
Anda cuma perlu menghubungi kami di 087-331270 atau pm kami di Facebook messenger kcdc keningau. Untuk sementara waktu, kami hanya akan mengambil senarai nama dan contact no. anda. Yuran pendaftaran akan dikenakan pada hari pertama Cabaran Turunkan berat badan ini bermula. Cabaran ini akan bermula pada bulan Februari dan berakhir pada Mei. Pemenang akan diumumkan pada bulan Jun. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh menghubungi kami di facebook, whatsapp atau di talian rasmi kami.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT
Komen