top of page

Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan Berkala


ree

Generasi sebelum ini selalunya hanya akan berjumpa dengan doktor apabila mereka berasa kurang sihat, atau apabila sudah terlalu nazak. Kini, penjagaan dan pencegahan kesihatan telah menjadi suatu lumrah bagi orang untuk lebih peka dan prihatin terhadap kesihatan mereka sendiri. Masyarakat makin giat dalam mendapatkan nasihat kesihatan tentang bagaimana untuk hidup dengan gaya hidup yang sihat. Mereka mencari cara bagaimana untuk mengurangkan risiko dalam pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan dengan cara mengekalkan diet seimbang, berat ideal dan tahap aktiviti fizikal.


Masyarakat sekarang lebih prihatin dan faham akan kepentingan pencegahan. Pemeriksaan kesihatan biasa boleh membantu dalam mencari potensi isu-isu kesihatan sebelum ia menjadi suatu masalah yang besar. Apabila anda selalu berjumpa dengan doktor anda secara berkala, mereka akan dapat mengesan keadaan kesihatan atau penyakit anda lebih awal. Pengesanan awal akan memberikan anda peluang yang terbaik dalam mendapatkan rawatan yang betul secepat mungkin, bagi mengelakkan daripada sebarang komplikasi. Dengan mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang betul, saringan dan rawatan, anda sebenarnya sedang melangkah ke arah hidup yang lebih lama dan sihat.


Faedah membuat Pemeriksaan Kesihatan biasa:

  1. Mengurangkan risiko anda lebih sakit

  2. Mengesan lebih awal potensi keadaan keadaan kesihatan atau penyakit yang berpotensi menjadi bahaya

  3. Meningkatkan peluang rawatan dan penyembuhan

  4. Menghadkan risiko komplikasi dengan memantau keadaan yang sedia ada

  5. Meningkatkan jangka hayat dan meningkatkan tahap kesihatan

  6. Mengurangkan kos penjagaan kesihatan mengikut masa dengan mengelakkan perkhidmatan perubatan yang mahal

  7. Bentuk perkongsian yang baik dengan doktor supaya rawatan dapat lebih efisien

  8. Dapatkan kemas kini mengenai maklumat perubatan atau teknologi baru yang tersedia

Senarai Semakan Pemeriksaan Kesihatan untuk Orang dewasa


Kunjungan tahunan (setiap tahun)

Sejarah keluarga

Tekanan darah

Indeks jisim badan (BMI)

Ujian fizikal

Pemeriksaan pencegahan

Kaunseling


Pemeriksaan kanser (seperti yang disyorkan)

Colorectal

Kulit

Payudara (wanita)

Serviks (wanita)

Testicular and Prostate (lelaki)


Pemeriksaan sensori

Penglihatan

Pendengaran (hanya jika timbul gejala)


Imunisasi

Tetanus, Diptheria (Tdap)

Influenza

Pneumococcal

MMR

Meningococcal

Varicella

Shingles

Human papillomavirus (HPV)

Hepatitis A

Hepatitis B

Haemophilus Influenza Type B


Klinik CDC Keningau ada menyediakan tiga jenis pakej pemeriksaan kesihatan untuk anda dan keluarga anda. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan ingin menjadualkan temu janji anda dengan kami, anda boleh menghubungi kami hari ini di talian 087-331270, whatsapp di 01156233435. Selain itu, anda boleh menekan butang 'Book An Appointment' yang berwarna kuning di atas sudut kanan screen anda dan email terus dengan kami ; nama penuh, no telefon, jenis pemeriksaan dan juga sekiranya anda mempunyai surat rujukan atau tidak.

 
 
 

Komen


Thanks for submitting!

Klinik CDC Diagnostic & Imaging Specialist Centre,

Ground Floor, Lot 34 &35, Blok F, Datun Commercial Complex,

Jalan Masak, 89000 Keningau, Sabah.

*Klinik CDC, Diagnostic & Imaging Specialist Centre reserved the right to change the price without any further notice. 

bottom of page