Fakta yang harus anda tahu tentang X-Ray
- klinikcdckeningau
- 27 Ogo 2021
- 1 min membaca

Apakah Sinar X / X-ray?
X-ray atau Sinar X adalah suatu jenis radiasi yang dipanggil sebagai gelombang elektromagnetik. Apabila alat-alat x-ray ini digunakan dengan betul, teknik yang betul ia mampu menghasilkan imej struktur dalaman tubuh manusia. Sinar X ini mengambil gambar bahagian tubuh badan anda dalam pelbagai tona warna hitam dan putih. Ini adalah kerana tisu yang berbeza mempunyai kadar penyerapan radiasi yang berbeza. Kesemua imej ini boleh dilihat pada filem fotorgrafi atau pada paparan komputer. Pemeriksaan sinar X berguna dalam menyediakan maklumat berharga mengenai kesihatan mausia dan memainkan peranan yang penting dalam membantu doktor anda untuk membuat diagnosis dengan lebih tepat.
Dalam beberapa kes, sinar X digunakan sebagai alat panduan apabila hendak meletakkan tiub atau peranti lain dalam badan atau prosedur terapeutik yang lain.
Jumlah radiasi yang anda dapat daripada sinar X adalah kecil dan minimum. Sebagai contoh, X-ray dada akan memberikan dos radiasi yang sama dengan jumlah radiasi yang anda selalu terdedah secara semula daripada persekitaran dalam 10 hari.
Komen