ECHO atau ECG? Apa bezanya?
- klinikcdckeningau
- 27 Ogo 2021
- 1 min membaca

Adakah anda sering kali tertanya-tanya tentang echo dan ecg? Mungkin anda masih tidak tahu apa itu echo dan ecg, dan kegunaannya.
Echo adalah singkatan bagi ECHOCARDIOGRAM. Echo adalah suatu ujian pengimejan yang menggunakan mesin ultrasound yang dikendali oleh Sonografer ataupun pakar radiologist sendiri. Echo digunakan untuk melihat kesihatan injap dan ruang jantung anda.
Manakala ECG ataupun EKG, ia adalah singkatan bagi ELECTROCARDIGRAM. ECG adalah suatu rakaman- graf voltan vs masa- elektrikal aktiviti jantung menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit. ECG digunakan untuk melihat ritma jantung.
Komen