CT-Scan: Plain atau dengan Contrast Media?
- klinikcdckeningau
- 27 Ogo 2021
- 1 min membaca

Teknologi CT-scan merupakan salah satu teknologi yang boleh dikira baru bagi penduduk di sekitar Keningau. Untuk CT-Scan, ada dua kaedah yang digunakan bagi pengimejan CT-Scan iaitu dengan Plain atau dengan menggunakan contrast media.
APA ITU CONTRAST MEDIA(contrast medium)?
contrast media adalah sejenis ubat yang digunakan bagi membantu pakar radiologist untuk melihat dengan lebih jelas semasa pengimejan. ia dapat membantu meningkatkan contrast struktur atau cecair di dalam tubuh badan dalam pengimbasan imej perubatan.
APA ITU PLAIN?
plain, seperti kata rujuknya merupakan sesuatu yang biasa atau dengan kata yang lebih mudah-tanpamenggunakan ubat atau contrast media.
JADI, APA BEZA KEDUA-DUA INI?
Dengan pengimejan ct-scan plain, kita dapat melihat bengkak, bleeding, retakan dan juga penyumbatan. CT Scan plain memadai untuk melihat seperti yang dijelaskan di atas.
Bagaimana pula dengan CT Scan yang menggunakan ubat atau contrast media?
Penyakit-penyakit yang lebih serius seperti ketumbuhan, dan barah/kanser boleh dilihat dengan menggunakan ubat contrast.
Ubat contrast masuk ke dalam badan dalam 3 cara:
1. Oral/melalui mulut (diminum)
2. Melalui enema (rectal)
3. IV line
JANGAN RISAU:
Melalui ujian pengimejan dengan menggunakan ubat contrast, bahan ini akan diserap oleh badan ataupun akan disingkirkan melalui pergerakan usus ataupun melalui kencing.
Komen