COVID-19 Tak ada kaitan dengan saya?
- klinikcdckeningau
- 27 Ogo 2021
- 2 min membaca

Covid-19 semakin menular di negara Malaysia. Namun begitu, Sikap acuh tak acuh kebanyakan masyarakat di sekeliling amat menyedihkan. Tidak kira bagaimana tindakan yang telah dilakukan oleh pemerintah, KKM, dan orang-orang yang prihatin akan penularan virus ini, Masyarakat masih memandang perkara ini remeh.
Berapa banyak mereka di negara Eropah yang telah melalui saat-saat seperti ini? Mereka juga sebelum ini hanya mentertawakan dunia, dan membuat andaian bahawa benda-benda sedemikian tidak ada kaitan dengan mereka. Mereka beranggapan bahawa penyakit ini tidak akan sampai di hadapan pintu rumah mereka.
Post ini bukan bertujuan untuk menakutkan pembaca atau menimbulkan panik kepada orang. Tidak sama sekali. Saya menulis post ini untuk memberikan kita kesedaran betapa pentingnya penjagaan dan mengikuti langkah-langkah kebersihan diri agar tidak menjadi penghidap mahupun carrier bagi COVID-19.
Tahukah anda? Apabila seseorang itu dijangkiti dengan COVID-19(stage yang teruk), mereka perlu bergantung dengan mesin ventilator untuk terus hidup. Di malaysia, kita hanya mempunyai 900 lebih mesin sahaja. Mari saya kecilkan lagi skopnya. Manakala di Keningau, cuma ada 5 Mesin Ventilator sahaja. Mesin ini sukar di dapati di mana-mana. Apabila seseorang dijangkiti COVID-19, dia akan menggunakan mesin ini sehingga sembuh ataupun sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Dari angka ini, adakah ia dapat menampung jumlah kasar bagi mereka yang telah dijangkiti setakat ini? Bagaimana pula sekiranya angka itu semakin bertambah, kerana sikap tidak ambil peduli kita?
Berhenti sekejap. Sebelum sampai masa seperti itu, ada baiknya kita mencegah sebelum kita terpaksa merawatnya. Patuhi arahan untuk memakai topeng muka, hands sanitizer, basuh tangan anda dan elakkan perkumpulan orang ramai sekiranya anda tidak mempunyai sebarang kelengkapan yang boleh melindungi diri anda.
Dunia sekarang semakin hebat dengan era globalisasi. Kita boleh lihat di FB, WA, IG atau di mana-mana platform media sosial tentang berita-berita peningkatan jumlah yang dijangkiti dan yang telah kehilangan nyawa. Ini bukanlah sesuatu gurauan.
Jadilah generasi yang bijaksana, yang tahu menjaga kesihatan diri. Jadilah contoh bagi generasi yang lebih muda. Jangan terus dibuai dengan illusi diri bahawa anda lebih sihat daripada mereka yang sudah terhanyut di arus Covid-19. Kita harus sentiasa bersiap sedia untuk memerangi COVID-19 ni.
Komen