Berhenti Merokok
- klinikcdckeningau
- 27 Ogo 2021
- 2 min membaca

Tahukah anda, rokok mempunyai kira-kira 600 jenis bahan di dalamnya. Apabila ia dibakar, ia akan menghasilkan lebih daripada 7000 bahan kimia! Dalam angka ini, sekurang-kurangnya 69 bahan kimia yang diketahui menyebabkan kanser dan sangat beracun.
Kita sudah pun melangkah masuk ke tahun 2020, tidak salah untuk kita menjadikan pengamalan gaya hidup yang sihat sebagai salah satu azam baru di tahun yang baru ini.
Jadi, bagaimana untuk memulakan azam baru anda ini?
Pertama sekali, anda harus ketahui samada anda seorang 'heavy smoker' atau tidak. Kadang-kadang kelalaian kita dalam menjaga kesihatan kita kerana kita tidak mengambil kisah sama ada apa yang kita lakukan itu berlebihan ataupun tidak.
Anda 'Heavy Smoker'?
Heavy smoker bermaksud sejarah merokok 30 tahun atau lebih. Purata merokok anda adalah satu pek rokok setiap hari secara tahunan. Sebagai contoh, seorang 'heavy smoker' boleh mempunyai sejarah 30 tahun pek dengan merokok satu pek sehari selama 30 tahun atau dua pek sehari selama 15 tahun. Sekiranya anda tergolong dalam kategori ini, anda harus berhati-hati dan mulai sedar bahawa, setiap batang yang anda sedut akan membawa anda lebih dekat dengan penyakit-penyakit yang merbahaya.
Berhenti Serta-Merta
'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan'. Elakkan tempat-tempat perkumpulan orang yang berkemungkinan akan merokok. Kunyah bubble gum. Kalau ada duit lebih, boleh ke dentist untuk minta putihkan gigi anda. Siapa tahu, dengan melihat gigi yang putih berseri dan dipasangkan dengan senyuman anda yang menawan, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memberikan semangat untuk terus berjuang.
Lakukan pemeriksaan kesihatan
atau yang lebih lazim kita katakan 'medical check-up'. Selain itu, kita juga boleh melakukan saringan kesihatan khususnya saringan untuk kanser paru-paru. Anda boleh lakukan imbasan CT dos rendah, atau LDCT. Ujian pemeriksaan ini bertujuan untuk mencari penyakit pada peringkat awal, sementara rawatan masih berfungsi dengan lebih baik. Semasa imbasan LDCT, anda berbaring di atas meja dan mesin X-ray menggunakan dos yang rendah (jumlah) radiasi untuk membuat imej terperinci paru-paru anda. Imbasan hanya mengambil masa beberapa minit dan tidak menyakitkan.
Siapa yang boleh melakukan saringan LDCT?
Mempunyai sejarah sebagai perokok tegar/ 'Heavy Smoker'
dan Masih merokok atau telah berhenti selama 15 tahun.
dan berumur di antara 50-80 tahun.
Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tahun yang baru, azam baru & gaya hidup sihat yang baru. Anda pasti dapat melakukannya, Bak kata pepatah 'Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih.'
Komen