Apakah Klinik Panel?
- klinikcdckeningau
- 27 Ogo 2021
- 1 min membaca
Ramai orang tidak mengetahui kewujudan klinik panel swasta dan kegunaannya. Segelintir masyarakat yang bekerja yang masih ragu-ragu untuk menggunakan kemudahan ini bagi kesihatan diri mereka sendiri.

Klinik panel merupakan klinik yang terpilih untuk menyediakan rawatan perubatan dan juga menyediakan pemeriksaan saringan kesihatan untuk mana-mana orang yang diinsurankan.
Klinik CDC merupakan salah satu klinik panel kesihatan bagi PERKESO & GROWARISAN SDN. BHD.
Bagi PERKESO, klinik ini menerima pemeriksaan saringan kesihatan khas untuk mammogram. Baucer yang diedarkan oleh PERKESO( sah sehingga 2019) boleh dibawa dan diserahkan kepada Klinik semasa mendaftar. Keputusan ujian akan diserahkan secara by-hand.
Bagi GROWARISAN pula, klinik ini menerima pemeriksaan saringan kesihatan khas untuk ujian darah dan juga X-ray. Baucer yang diedarkan oleh GROWARISAN boleh dibawa dan diserahkan kepada klinik semasa mendaftar. Keputusan boleh didapati melalui online.
#klinikpanel #perkeso #growarisan #klinikpanelterpilih #klinikcdc #klinikpanelmamogram #klinikpanelxray #klinikpanelujiandarah
Komen