Apa itu Ultrasound?
- klinikcdckeningau
- 27 Ogo 2021
- 1 min membaca

Kebanyakan orang tahu kegunaan ultrasound penting bagi ibu-ibu yang mengandung.
Tetapi, tahukah anda, selain daripada memeriksa kesihatan bayi di dalam rahim, ultrasound juga boleh digunakan untuk memeriksa kesihatan di dalam tubuh badan anda?
Ultrasound adalah gelombang bunyi dengan frekuensi yang tinggi daripada had pendengaran manusia yang boleh didengar. Ultrasound tidak berbeza dengan bunyi "normal" dalam sifat fizikalnya, namun begitu manusia tidak dapat mendengarnya.
Pemeriksaan ultrasound boleh dipisahkan kepada beberapa cabang iaitu KUB, HBS, Abdomen-Pelvis/prostate, Doppler, Renal, Payudara dan bermacam-macam lagi.
Pemeriksaan ini akan dilakukan oleh pakar radiologist ataupun sonografer. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada pakar radiologist untuk menentukan hala tuju pemeriksaan anda bagi memastikan diagnosis yang lebih tepat agar rawatan (sekiranya ada dan perlu) dapat diberikan.
Komen