top of page

Apa itu HSG?


ree

Hysterosalpingography ( HSG) adalah prosedur sinar-X yang digunakan untuk melihat bahagian dalam rahim dan tiub fallopian. Ia sering digunakan untuk melihat jika tiub fallopian tersekat sebahagian atau sepenuhnya. Ia juga boleh menunjukkan jika bahagian dalam rahim mempunyai saiz dan bentuk yang normal.


Ujian ini biasanya dilakukan oleh para wanita yang mengalami kesukaran untuk mengandung, selain itu juga prosedur ini juga harus dilakukan oleh ibu-ibu yang sudah lebih 5 tahun tidak melahirkan anak bagi memeriksa kesihatan rahim.


Prosedur pemeriksaan ini sangat sesuai digabungkan dengan ujian pemeriksaan darah Infertility test, bagi mendapatkan diagnosis tepat. Sekiranya pasangan suami isteri telah lama bercadang untuk mendapatkan anak tetapi tidak berjaya, kedua-dua suami dan isteri digalakkan untuk mengambil ujian darah infertility test.


Klinik CDC ada menawarkan perkhidmatan HSG dan juga ujian darah infertility test untuk lelaki (ujian darah sahaja, tidak ada pemeriksaan semen) dan perempuan.


Prosedur HSG;

  1. Maklumkan kepada kami anda ingin membuat temu janji pada hari pertama anda datang haid. Sekiranya kitaran haid anda tidak teratur, hubungi kami untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang prosedur yang lebih terperinci.

  2. Tidak boleh bersetubuh dengan suami sepanjang tempoh 10 hari sehinggalah pemeriksaan tamat.

  3. Sila maklumkan pada kami sekiranya anda mempunyai sebarang alergik.

  4. Lakukan pemeriksaan darah dan juga UPT bagi mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu pada hari ke-tiga haid anda.

  5. Anda akan menjalankan pemeriksaan HSG pada hari ke sepuluh. Sila bawa pad anda sendiri.

 
 
 

Komen


Thanks for submitting!

Klinik CDC Diagnostic & Imaging Specialist Centre,

Ground Floor, Lot 34 &35, Blok F, Datun Commercial Complex,

Jalan Masak, 89000 Keningau, Sabah.

*Klinik CDC, Diagnostic & Imaging Specialist Centre reserved the right to change the price without any further notice. 

bottom of page